Thursday, February 16, 2012

Saham Biasa (Malay Version)


4.0  PENGENALAN
Saham biasa (common stock/common share) merupakan salah satu intrumen pelaburan yang terawal diperkenalkan bagi menjana modal perniagaan syarikat disamping memberikan peluang pelaburan kepada para pelabur yang terlibat di dalam pasaran tersebut.  Pada asasnya, saham biasa membawa maksud pelaburan berbentuk ekuiti yang memberikan pemilikan kepada pemegang saham terhadap asset sesebuah perniagaan.  Pada masa yang sama, para pemegang saham turut memiliki kuasa mengundi serta berhak menentukan hala tuju syarikat pada masa sekarang dan masa hadapan.  Sehubungan dengan itu, para pemegang saham biasa adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan atau syarikat. 

Sebagai imbuhan kepada modal yang telah disumbangkan, mereka berhak untuk menerima dividend seandainya prestasi kewangan syarikat dalam keadaan yang baik dan mengizinkan.  Begitu juga sebaliknya, apabila syarikat mengalami kerugian, maka para pelabur akan berkemungkinan besar untuk dinafikan dividen malahan dalam sesetengah keadaan yang lebih teruk  apabila syarikat muflis, maka para pelabur bakal kehilangan keseluruhan pelaburan yang telah mereka buat ke atas saham berkenaan.  Ini adalah kerana tuntutan pemegang saham hanya akan dibayar sekiranya ada lebihan setelah semua hutang-hutang syarikat telah berjaya dilangsaikan.

4.1  CIRI-CIRI SAHAM BIASA

Oleh kerana pemilikan saham biasa merujuk kepada pemilikan sesebuah perniagaan dan berbeza dengan sekuriti-sekuriti hutang yang lain maka saham memberikan beberapa keistimewaan dan kelebihan kepada para pelabur, antaranya ialah:-
  • § Hak untuk menerima dividend daripada perolehan perniagaan syarikat setelah mendapat kelulusan daripada ahli lembaga pengarah syarikat.


§  Hak untuk menjual semula saham (liquidity right) serta memperolehi keuntungan modal sama ada di dagangkan semula di pasaran terbuka/saham ataupun kepada pemegang saham sedia ada.

§  Hak mengundi serta memilih ahli lembaga pengarah syarikat disamping menyuarakan persetujuan atau bantahan dalam kes-kes berkaitan penggabungan syarikat, penjualan asset, perubahan kepada memorandum dan artikel syarikat serta dissolutions.

  • §  Preemptive Right atau hak membeli terlebih dahulu, sekiranya syarikat bercadang untuk menerbitkan saham-saham baru, maka pemegang saham sedia ada berhak melanggan saham tersebut pada harga yang lebih rendah dari nilai pasaran sebelum ditawarkan kepada bakal pelabur-pelabur baru.



  • §  Hak untuk mendapatkan kembali sumbangan modal sekiranya perniagaan telah ditamatkan atau dicairkan bergantung kepada keputusan lembaga pengarah syarikat.  Walaubagaimanapun, tuntutan ini hanya akan dibuat setelah kesemua liability syarikat telah dilunaskan. Dengan lain perkataan hutang-hutang syarikat, terbitan bon, pinjaman berjangka serta hutang pembekal akan diselesaikan terlebih dahulu, sebelum lebihan tersebut diagihkan kepada pemegang saham biasa.



No comments: