4.2
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PELABURAN DALAM SAHAM BIASA
Oleh
kerana saham biasa merupakan salah satu daripada instrument pelaburan, secara
umumnya instrument ini mempunyai
kelebihan kepada pihak pelabur serta syarikat yang menerbitkan saham
tersebut. Walau bagaimanapun, terbitan
serta pelaburan di dalam saham biasa turut boleh mengundang kepada risiko
tertentu sekiranya tidak diuruskan dengan baik dan berkesan.
4.2.1
Kelebihan dan kekurangan terbitan saham kepada syarikat.
Dalam usaha meningkatkan daya
saing serta keupayaan syarikat untuk bersaing di peringkat global, faktor penting yang perlu dititik beratkan
adalah saiz sesebuah perniagaan yang digambarkan melalui jumlah modal berbayar
yang dimiliki oleh syarikat. Semakin
besar saiz modal syarikat, maka secara relatifnya mereka mempunyai kuasa
pasaran yang lebih tinggi serta berkeupayaan untuk memastikan setiap projek,
usahasama, aktiviti pengeluaran, pemasaran serta promosi yang lebih baik. Pada masa yang sama akan dapat
mempertingkatkan kepercayaan pelanggan dalam berurusniaga.
Jadual di bawah menunjukkan
kedudukan syarikat-syarikat utama dalam industri kewangan dan perbankan dunia
yang dikuasai oleh Citigroup dengan jumlah aset syarikat sebanyak $1,494
billion dan nilai pasaran $230 billion dollar pada tahun 2011. Penguasaan aset amat berkait rapat dengan
jumlah modal yang dimiliki oleh sesebuah sayrikat dan kebiasaannya syarikat
yang mempunyai modal yang kukuh berupaya untuk menjana jumlah aset yang lebih
besar jika dibandingkan dengan syarikat yang memiliki modal yang lebih keciI.
Jadual: Kedudukan Syarikat Industri Kewangan dan Perbankan
Dunia 2011.
World Rank
|
Name
|
Country
|
Sales
($Bil)
|
Profit
($Bil)
|
Assets
($Bil)
|
Market Value ($Bil)
|
1
|
Citigroup
|
USA
|
120.32
|
24.64
|
1494.04
|
230.93
|
3
|
Bank of
America
|
USA
|
85.39
|
16.47
|
1291.80
|
184.17
|
5
|
HSBC Group
|
UK
|
76.38
|
12.36
|
1274.22
|
193.32
|
9
|
JPMorgan
Chase
|
UK
|
79.90
|
8.48
|
1198.94
|
106.41
|
14
|
Royal Bank of
Scotland
|
UK
|
55.05
|
8.66
|
1118.90
|
106.41
|
17
|
BNP Paribas
|
France
|
60.90
|
6.33
|
1227.95
|
77.73
|
19
|
Banco
Santander
|
Spain
|
44.81
|
8.54
|
956.39
|
91.34
|
20
|
Barclays
|
UK
|
47.87
|
5.92
|
1587.06
|
75.99
|
24
|
HBOS
|
UK
|
51.74
|
5.87
|
850.06
|
71.25
|
26
|
Wells Fargo
|
USA
|
40.41
|
7.67
|
481.74
|
107.80
|
39
|
Wachovia
|
USA
|
35.91
|
6.64
|
520.76
|
88.42
|
41
|
ABN-Amro
Holding
|
Netherland
|
50.03
|
5.18
|
1,041.14
|
54.74
|
|
|
|
|
|
|
|
Source: (Sumber:FORBES: www.forbes.com
2012)
Financial Times 2012 turut menyenaraikan kedukan
terkini konglomerat-konglomerat utama dunia dari pelbagai industri yang
menunjukkan jumlah penguasaan modal dan aset sebagaimana yang ditunjukkan di
dalam jadual di bawah:-
Jadual:
Kedudukan Syarikat Terbesar Dunia Tahun 2011
World Rank
|
Name
|
Country
|
Sector
|
Market Value ($Mil)
|
Profit
($Mil)
|
Assets
($Mil)
|
|
|
|
|
|
|
|
1
|
Exxon Mobil
|
USA
|
Oil & Gas
|
417,166
|
30,460
|
298,983
|
2
|
PetroChina
|
China
|
Oil & Gas
|
326,199
|
21,239
|
251,279
|
3
|
Apple
|
USA
|
Technology
|
321,072
|
14,013
|
75,183
|
4
|
Industrial
& Commercial Bank of China
|
China
|
Banks
|
251,078
|
25,059
|
2,042,093
|
5
|
Petrobras
|
Brazil
|
Oil & Gas
|
247,417
|
21,198
|
309,336
|
6
|
BHP Billiton
|
Aust/UK
|
Mining
|
247,079
|
12,148
|
83,835
|
7
|
China
Construction Bank
|
China
|
Banks
|
232,608
|
20,460
|
1,640,236
|
8
|
Royal Dutch
Shell
|
UK
|
Oil & Gas
|
228,128
|
20,411
|
317,199
|
9
|
Chevron
|
USA
|
Oil & Gas
|
215,780
|
19,024
|
183,918
|
10
|
Microsoft
|
USA
|
Software
|
213,336
|
18,760
|
86,113
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber: Financial Times 2012
Selain daripada itu, penerbitan
saham biasa oleh syarikat juga turut memberikan kelebihan-kelabihan seperti
berikut:-
§ Mengurangkan
Kekangan Hutang (Leveraj) Syarikat
Sekiranya
pihak syarikat menggunakan instrumen hutang sama ada hutang jangka sederhana
atau jangka panjang bagi membiayai perniagaan syarikat, mereka akhirnya perlu
memikirkan untuk membuat pembayaran faedah yang merupakan kos ke atas pinjaman
yang telah dibuat. Bayaran atau caj
faedah merupakan kos wajib yang perlu ditanggung oleh pihak syarikat bermula
dari pinjaman dibuat sehinggalah keseluruhan prinsipal berjaya
dilangsaikan. Secara tidak langsung
komitmen ke atas pembayaran kos pinjaman ini akan menjejaskan alir tunai syarikat. Pada masa yang sama, caj kadar faedah tetap perlu
dibayar walaupun situasi kewangan syarikat berada dalam kegawatan. Ini berlainan jika syarikat memilih untuk
menjana modal tambahan melalui penerbitan saham, dimana, mereka mempunyai
opsyen untuk menangguhkan, mengurangkan atau tidak membayar apa-apa dividen sekiranya
prestasi kewangan tahun semasa dalam keadaan yang tidak mengizinkan.
§ Peningkatan
Alir Tunai
Pihak
syarikat boleh menggunakan strategi belian balik (buy-back/repurchase) saham mereka di pasaran apabila harga saham
syarikat menurun, dan bertindak menjual semula di pasaran apabila nilai saham
mula meningkat. Strategi ini sesuai
digunakan bagi meningkatkan alir tunai syarikat hanya sekiranya pihak syarikat menjangkakan
bahawa nilai intrinsik saham akan terus mencatatkan pertumbuhan pada masa yang
akan datang. Selain daripada itu,
aktiviti belain balik bertujuan untuk mengurangkan jumlah saham syarikat
dipasaran bagi menstabilkan harga saham syarikat termasuklah mengurangkan
aktiviti-aktiviti pelabur yang boleh memberikan impak negatif terhadap syarikat
seperti spekulasi, kawalan ke atas saham dan sebagainya.
.......Sambungan......
No comments:
Post a Comment