Friday, February 17, 2012


4.2  KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PELABURAN DALAM SAHAM BIASA

Oleh kerana saham biasa merupakan salah satu daripada instrument pelaburan, secara umumnya instrument ini mempunyai  kelebihan kepada pihak pelabur serta syarikat yang menerbitkan saham tersebut.  Walau bagaimanapun, terbitan serta pelaburan di dalam saham biasa turut boleh mengundang kepada risiko tertentu sekiranya tidak diuruskan dengan baik dan berkesan.

4.2.1 Kelebihan dan kekurangan terbitan saham kepada syarikat.
Dalam usaha meningkatkan daya saing serta keupayaan syarikat untuk bersaing di peringkat global,  faktor penting yang perlu dititik beratkan adalah saiz sesebuah perniagaan yang digambarkan melalui jumlah modal berbayar yang dimiliki oleh syarikat.  Semakin besar saiz modal syarikat, maka secara relatifnya mereka mempunyai kuasa pasaran yang lebih tinggi serta berkeupayaan untuk memastikan setiap projek, usahasama, aktiviti pengeluaran, pemasaran serta promosi yang lebih baik.  Pada masa yang sama akan dapat mempertingkatkan kepercayaan pelanggan dalam berurusniaga.

Jadual di bawah menunjukkan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam industri kewangan dan perbankan dunia yang dikuasai oleh Citigroup dengan jumlah aset syarikat sebanyak $1,494 billion dan nilai pasaran $230 billion dollar pada tahun 2011.  Penguasaan aset amat berkait rapat dengan jumlah modal yang dimiliki oleh sesebuah sayrikat dan kebiasaannya syarikat yang mempunyai modal yang kukuh berupaya untuk menjana jumlah aset yang lebih besar jika dibandingkan dengan syarikat yang memiliki modal yang lebih keciI. 
Jadual:  Kedudukan Syarikat Industri Kewangan dan Perbankan Dunia 2011.
World Rank
Name
Country
Sales
($Bil)
Profit
($Bil)
Assets
($Bil)
Market Value ($Bil)
1
Citigroup
USA
120.32
24.64
1494.04
230.93
3
Bank of America
USA
85.39
16.47
1291.80
184.17
5
HSBC Group
UK
76.38
12.36
1274.22
193.32
9
JPMorgan Chase
UK
79.90
8.48
1198.94
106.41
14
Royal Bank of Scotland
UK
55.05
8.66
1118.90
106.41
17
BNP Paribas
France
60.90
6.33
1227.95
77.73
19
Banco Santander
Spain
44.81
8.54
956.39
91.34
20
Barclays
UK
47.87
5.92
1587.06
75.99
24
HBOS
UK
51.74
5.87
850.06
71.25
26
Wells Fargo
USA
40.41
7.67
481.74
107.80
39
Wachovia
USA
35.91
6.64
520.76
88.42
41
ABN-Amro Holding
Netherland
50.03
5.18
1,041.14
54.74







Source: (Sumber:FORBES: www.forbes.com 2012)


Financial Times 2012 turut menyenaraikan kedukan terkini konglomerat-konglomerat utama dunia dari pelbagai industri yang menunjukkan jumlah penguasaan modal dan aset sebagaimana yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah:-

Jadual:  Kedudukan Syarikat Terbesar Dunia Tahun 2011

World Rank
Name
Country
Sector
Market Value ($Mil)

Profit
($Mil)
Assets
($Mil)







1
Exxon Mobil
USA
Oil & Gas
417,166
30,460
298,983
2
PetroChina
China
Oil & Gas
326,199
21,239
251,279
3
Apple
USA
Technology
321,072
14,013
75,183
4
Industrial & Commercial Bank of China
China
Banks
251,078
25,059
2,042,093
5
Petrobras
Brazil
Oil & Gas
247,417
21,198
309,336
6
BHP Billiton
Aust/UK
Mining
247,079
12,148
83,835
7
China Construction Bank
China
Banks
232,608
20,460
1,640,236
8
Royal Dutch Shell
UK
Oil & Gas
228,128
20,411
317,199
9
Chevron
USA
Oil & Gas
215,780
19,024
183,918
10
Microsoft
USA
Software
213,336
18,760
86,113






















Sumber: Financial Times 2012


Selain daripada itu, penerbitan saham biasa oleh syarikat juga turut memberikan kelebihan-kelabihan seperti berikut:-
§  Mengurangkan Kekangan Hutang (Leveraj) Syarikat
Sekiranya pihak syarikat menggunakan instrumen hutang sama ada hutang jangka sederhana atau jangka panjang bagi membiayai perniagaan syarikat, mereka akhirnya perlu memikirkan untuk membuat pembayaran faedah yang merupakan kos ke atas pinjaman yang telah dibuat.  Bayaran atau caj faedah merupakan kos wajib yang perlu ditanggung oleh pihak syarikat bermula dari pinjaman dibuat sehinggalah keseluruhan prinsipal berjaya dilangsaikan.  Secara tidak langsung komitmen ke atas pembayaran kos pinjaman ini akan menjejaskan alir tunai syarikat.  Pada masa yang sama, caj kadar faedah tetap perlu dibayar walaupun situasi kewangan syarikat berada dalam kegawatan.  Ini berlainan jika syarikat memilih untuk menjana modal tambahan melalui penerbitan saham, dimana, mereka mempunyai opsyen untuk menangguhkan, mengurangkan  atau tidak membayar apa-apa dividen sekiranya prestasi kewangan tahun semasa dalam keadaan yang tidak mengizinkan.

§  Peningkatan Alir Tunai
Pihak syarikat boleh menggunakan strategi belian balik (buy-back/repurchase) saham mereka di pasaran apabila harga saham syarikat menurun, dan bertindak menjual semula di pasaran apabila nilai saham mula meningkat.  Strategi ini sesuai digunakan bagi meningkatkan alir tunai syarikat hanya sekiranya pihak syarikat menjangkakan bahawa nilai intrinsik saham akan terus mencatatkan pertumbuhan pada masa yang akan datang.  Selain daripada itu, aktiviti belain balik bertujuan untuk mengurangkan jumlah saham syarikat dipasaran bagi menstabilkan harga saham syarikat termasuklah mengurangkan aktiviti-aktiviti pelabur yang boleh memberikan impak negatif terhadap syarikat seperti spekulasi, kawalan ke atas saham dan sebagainya.

.......Sambungan......

Thursday, February 16, 2012

Saham Biasa (Malay Version)


4.0  PENGENALAN
Saham biasa (common stock/common share) merupakan salah satu intrumen pelaburan yang terawal diperkenalkan bagi menjana modal perniagaan syarikat disamping memberikan peluang pelaburan kepada para pelabur yang terlibat di dalam pasaran tersebut.  Pada asasnya, saham biasa membawa maksud pelaburan berbentuk ekuiti yang memberikan pemilikan kepada pemegang saham terhadap asset sesebuah perniagaan.  Pada masa yang sama, para pemegang saham turut memiliki kuasa mengundi serta berhak menentukan hala tuju syarikat pada masa sekarang dan masa hadapan.  Sehubungan dengan itu, para pemegang saham biasa adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan atau syarikat. 

Sebagai imbuhan kepada modal yang telah disumbangkan, mereka berhak untuk menerima dividend seandainya prestasi kewangan syarikat dalam keadaan yang baik dan mengizinkan.  Begitu juga sebaliknya, apabila syarikat mengalami kerugian, maka para pelabur akan berkemungkinan besar untuk dinafikan dividen malahan dalam sesetengah keadaan yang lebih teruk  apabila syarikat muflis, maka para pelabur bakal kehilangan keseluruhan pelaburan yang telah mereka buat ke atas saham berkenaan.  Ini adalah kerana tuntutan pemegang saham hanya akan dibayar sekiranya ada lebihan setelah semua hutang-hutang syarikat telah berjaya dilangsaikan.

4.1  CIRI-CIRI SAHAM BIASA

Oleh kerana pemilikan saham biasa merujuk kepada pemilikan sesebuah perniagaan dan berbeza dengan sekuriti-sekuriti hutang yang lain maka saham memberikan beberapa keistimewaan dan kelebihan kepada para pelabur, antaranya ialah:-
  • § Hak untuk menerima dividend daripada perolehan perniagaan syarikat setelah mendapat kelulusan daripada ahli lembaga pengarah syarikat.


§  Hak untuk menjual semula saham (liquidity right) serta memperolehi keuntungan modal sama ada di dagangkan semula di pasaran terbuka/saham ataupun kepada pemegang saham sedia ada.

§  Hak mengundi serta memilih ahli lembaga pengarah syarikat disamping menyuarakan persetujuan atau bantahan dalam kes-kes berkaitan penggabungan syarikat, penjualan asset, perubahan kepada memorandum dan artikel syarikat serta dissolutions.

  • §  Preemptive Right atau hak membeli terlebih dahulu, sekiranya syarikat bercadang untuk menerbitkan saham-saham baru, maka pemegang saham sedia ada berhak melanggan saham tersebut pada harga yang lebih rendah dari nilai pasaran sebelum ditawarkan kepada bakal pelabur-pelabur baru.



  • §  Hak untuk mendapatkan kembali sumbangan modal sekiranya perniagaan telah ditamatkan atau dicairkan bergantung kepada keputusan lembaga pengarah syarikat.  Walaubagaimanapun, tuntutan ini hanya akan dibuat setelah kesemua liability syarikat telah dilunaskan. Dengan lain perkataan hutang-hutang syarikat, terbitan bon, pinjaman berjangka serta hutang pembekal akan diselesaikan terlebih dahulu, sebelum lebihan tersebut diagihkan kepada pemegang saham biasa.



Tuesday, February 7, 2012

Investment Management Software


Investment Management Software: Self-learning.  Features include: All calculation part in investment, such as:-

1.Risk and Return Calculation:-

  • Expected Rate of Return
  • Required Rate of Return
  • Beta Single Asset
  • Beta Portfolio
  • Min Arithmetic
  • Geometric Arithmetic
  • Holding Period Return
  • Holding Period Yield
  • Annual Holding Period Yield
  • Security market Line (SML)
2. Stock/Share Valuation:-
  • Preferred Stock
  • Common Stock (Dividend Discounted Model)
    • One Year Holding Period return
    • Multiple Holding period Return
      • Zero Growth
      • Constant/Normal Growth
      • Supernormal Growth
3.  Bond Valuation
  • Intrinsic Value for Bond
  • Yield To Maturity
    • Try and Error Method
    • Estimation Method
Other Features:-
  • Lecturers Presentation
  • Security Industry Act (pdf)
  • Exercise with full answer scheme
  • Final exam question and answer


(more than 100 copies sold this month in POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH; hurry - limited offer RM30.00 (postal charges include).